Percanggahan penyuntingan Perbincangan_pengguna:SNN95

Helo saudara, saya nak tanya apakah itu percanggahan penyuntingan dan kenapa ia terjadi? Dalam kes saya, setiap kali saya nak menyunting mahupun menyimpan sesuatu suntingan di sini, mesti keluar ralat percanggahan penyuntingan. Saya sudah lihat di sejarah suntingan dan mendapati tiada pengguna lain menyuntingnya kecuali saya. Bagaimana nak mengatasi masalah ini, adakah semua pengguna Wiki mengalami masalah serupa selain saya dan adakah ia disebabkan oleh masalah komputer. Terima kasih?.–Fandi89 (bincang) 07:36, 8 Februari 2020 (UTC)

@Fandi89: Percanggahan penyuntingan berlaku apabila dua pengguna membuat pengeditan pada halaman yang sama pada masa yang sama, menyebabkan penyuntingan tersebut bertentangan dengan satu sama lain. Apabila ini berlaku, perisian MediaWiki menyediakan skrin yang membolehkan pengguna menyelesaikan konflik secara manual. (Nota: Penjelasan berikut mungkin tidak selaras dengan antara muka pengeditan yang anda lihat, bergantung pada pilihan dan alat akaun anda, yang penyemak imbas web yang anda gunakan, dan sama ada anda menggunakan editor tradisional, editor visual, atau aplikasi mudah alih Wikipedia untuk mengedit.)

Apa yang saya faham, anda adalah pengguna yang sentiasa menyunting halaman yang menjadi point of interest bagi pengguna awanama "menyerang". Kadang tu, suntingan yang pengguna awanama buat tidak menyimpan apa-apa perkataan (bermakna menerbit perubahan tanpa menyunting), dan ianya dilakukan dalam perbezaan satu saat sahaja dari suntingan anda. Perkara ni kerap berlaku (dan sudah menjadi lumrah) lebih-lebih lagi di laman Wikipedia yang ada penyunting aktif (Bahasa Inggeris). Untuk maklumat lanjut, boleh la baca apa itu "Percanggahan penyuntingan" di WBInggeris, en:Help:Edit conflict kerana lebih lengkap berbanding di WBM. SNN95 Talk to me, beybeh! 07:50, 8 Februari 2020 (UTC)

Rujukan

WikiPedia: Perbincangan_pengguna:SNN95 http://ms.fairytail.wikia.com https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/w/i.php?title=Special:Tr... https://translatewiki.net/wiki/Special:Translate/m... https://meta.m.wikimedia.org/wiki/Steward_requests...